Thursday 1 December 2011

Faktor Minat Belajar - Motivasi Daripada Ibubapa


Faktor minat belajar yang berikutnya adalah Motivasi Daripada Ibubapa. Sokongan moral dan material daripada ibubapa adalah amat penting dalam menanamkan minat belajar pada anak-anak pelajar.


Ada 4 perkara penting yang ibubapa boleh lakukan bagi meningkatkan semangat dan minat belajar di kalangan anak-anak pelajar.

1. Sokongan Material 

Sediakan keperluan material dan kemudahan belajar yang sewajarnya seperti buku-buku tambahan, teknik belajar berkesan dan sebagainya.

2. Berikan Perhatian 

Sentiasa memantau aktiviti pembelajaran mereka. Titikberatkan tentang disiplin belajar dan berikan teguran bilamana perlu.

Berikan perhatian terhadap prestasi akademik mereka. Selalulah bertanya tentang pencapaian mereka di dalam kelas dan di dalam peperiksaan.

Berikan pujian terhadap setiap kejayaan dan kata perangsang terhadap setiap kegagalan. Jika gagal elakkan daripada menyalahkan mereka semata-mata.

Ambil berat tentang sebarang masalah yang dihadapi oleh anak-anak pelajar. Tunjukkan yang anda sentiasa sedia membantu untuk menyelesaikannya.

3. Berikan Sokongan Moral 

Jika boleh temani anak-anak ketika belajar. Ini membuatkan mereka merasa diri mereka penting.

Sentiasa bersedia untuk memberikan penerangan dan tunjuk ajar apabila mereka memerlukan.

4. Kursus Motivasi 

Hantar mereka untuk menghadiri kursus motivasi jika kewangan mengizinkan.

Kursus motivasi dapat meningkatkan kesedaran anak-anak pelajar dan memperbaharui semangat untuk mereka berusaha lebih giat lagi.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

No comments:

Post a Comment