Thursday, 1 December 2011

Teknik Belajar Di Dalam Kelas Dengan Berkesan


   Waktu belajar di dalam kelas merangkumi 65 hingga 75 peratus daripada keseluruhan waktu pembelajaran harian seseorang pelajar. Oleh itu teknik belajar di dalam kelas perlulah betul untuk memastikan sesi pembelajaran tersebut di ikuti dengan berkesan.


Pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan memudahkan seseorang pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji di rumah.

Berikut adalah cara belajar berkesan yang harus dipraktikkan oleh pelajar ketika berada di dalam kelas:

1. Membaca terlebih dahulu topik yang akan dipelajari

Dengan membaca secara ringkas topik yang akan dipelajari, pelajar akan mendapat gambaran umum tentang topik tersebut. Mereka akan mudah memahami dan mendapat gambaran yang lebih jelas apabila guru mengajar di dalam kelas.

Pelajar juga dapat membezakan perkara yang benar-benar di fahami daripada perkara yang masih kabur dan memerlukan penerangan lebih lanjut daripada guru.

Mempelajari perkara yang pernah dilihat atau dibaca akan mendatangkan minat untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam.

2. Membuat sendiri nota ringkas

Membuat sendiri nota ringkas ketika guru mengajar adalah teknik belajar yang elok dilazimkan kerana ini akan membantu pelajar mengingati semula isi-isi penting apabila melakukan ulangkaji di rumah. Ini amat perlu apabila guru tidak mencatatkan nota untuk disalin oleh murid-murid.

Di samping itu maklumat yang diproses oleh otak akan berada lebih lama di dalam memori apabila sesuatu yang di pandang dan didengar di pindahkan kepada bentuk penulisan.

3. Mendapatkan penjelasan tentang perkara yang tidak di fahami

Pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara yang tidak difahami secepat mungkin.

Lebih cepat pelajar mendapatkan penerangan adalah lebih baik kerana maklumat tersebut masih segar di dalam memori.

Jika pelajar tidak berpeluang untuk bertanya ketika pembelajaran berlangsung, pelajar dengan mudah dapat merujuk semula nota yang telah ditulis jika ingin bertanya pada waktu lain

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

Pembelajaran Interaktif Secara Online


Pembelajaran Interaktif Secara Online

Penyelesaian Kepada Pelbagai Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran yang berlaku di kalangan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan bukan semuanya disebabkan oleh sikap atau perangai mereka. Ibubapa perlulah menghalusi perkara ini lebih dalam daripada apa yang nampak di mata untuk mengetahui punca sebenar masalah yang mereka hadapi supaya cara belajar berkesan dapat diaplikasikan dengan mudah

Di antara masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak di mana ibubapa sering terlepas pandang adalah seperti:

1. Takut untuk bertanya

Perasan takut ini mungkin disebabkan takut dimarahi oleh guru, takut diketawakan oleh rakan-rakan sekelas dan bimbang kelihatan bodoh di hadapan orang ramai.

2. Malu untuk berterus terang yang mereka tidak faham topik diajar guru di sekolah

Murid-murid merasa orang lain akan nampak kelemahan dan kekurangan diri mereka jika mereka berterus terang. Mereka juga terasa akan menjadi beban kepada guru dan ibubapa.

3. Lambat menguasai pembelajaran

Setiap anak mempunyai kecekapan yang berbeza dalam menguasai perkara yang dipelajari. Ini tidak bermakna mereka tidak cerdik.

4. Kebosanan belajar

Rasa bosan untuk belajar boleh disebabkan pelbagai perkara. Teknik dan strategi belajar yang tidak sesuai boleh mendatangkan kebosanan.

5. Gagal memberikan tumpuan pada subjek yang dipelajari

Kurang tumpuan boleh disebab oleh faktor luaran atau faktor semulajadi. Masalah ini boleh memberikan impak yang amat negatif kepada pencapaian akademik anak-anak jika tidak ditangani dengan serius.

Namun begitu masalah-masalah yang tersenarai di atas boleh dia atasi melalui
Online Learning and Assesment Package :
( Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online )

Pakej ini memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang baru; Teknik Belajar Sendiri. Teknik ini memberikan pelajar pilihan untuk belajar mengikut kemampuan sendiri di mana pelajar menentukan sendiri bagaimana melakukan pembelajaran mereka.

Kilk di sini untuk mempertingkatkan teknik pembelajaran anda!

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

Cara Belajar Berkesan


Teknik dan strategi berkesan untuk belajar adalah elemen-elemen yang perlu diberikan penekanan di dalam cara belajar berkesan untuk berjaya di dalam peperiksaan. Belajar dan mengulangkaji secara interaktif menerusi internet adalah teknik belajar terkini yang menjadi alternatif kepada teknik yang sering digunapakai seperti tusyen dan belajar sendiri.

Belajar secara interaktif menerusi internet didapati lebih berkesan berdasarkan 3 faktor yang berikut:

1. Ia lebih menarik minat dan dapat mengurangkan kebosanan belajar kerana pelajar dapat berinteraksi dengan bahan yang dipelajari tanpa merasa tertekan atau dipaksa.

Proses penerimaan menjadi lebih cepat kerana pelajar boleh belajar dengan tenang dan menunjukkan sikap yang positif ketika belajar. Masalah disiplin ketika belajar juga dapat dikurangkan.

2. Ia dapat mengekalkan tumpuan  pelajar dalam jangkamasa yang lebih lama terhadap subject yang sedang diulangkaji. Apabila kurang tumpuan belajar dapat dielakkan, pelajar akan menghayati saat mengulangkaji dengan sepenuhnya dan tahap pembelajaran akan lebih meningkat.

Pelajar akan terdorong untuk melakukan ulangkaji tanpa memerlukan pemantauan yang ketat daripada ibubapa.

3. Waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Pelajar tidak perlu terikat dengan jadual yang rigid kerana masa belajar boleh disesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari.

Jika merasa letih dan mengantuk, pelajar boleh berehat dan tidur terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran interaktif.

Belajar secara interaktif adalah lebih berkesan kerana ia lebih menarik minat, dapat mengekal tumpuan dan lebih fleksibel dari segi masa. Masalah disiplin dan perlunya dorongan ibubapa dapat dikurangkan kerana pelajar lebih bersikap berdikari dan bertanggungjawab.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~