Thursday, 1 December 2011

Faktor Minat Belajar - Persekitaran belajar yang kondusif


Faktor minat belajar amat perlu dititikberatkan kepada anak-anak untuk mencapai kecemerlangan akademik. Perhatian yang serius menjadi lebih kritikal bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang penting.


Salah satu daripada faktor tersebut adalah Persekitaran Belajar Yang Kondusif. Faktor ini akan membuatkan anak-anak merasa tenang, tenteram dan memberikan tumpuan yang lebih baik.

Bagaimanakah persekitaran belajar yang kondusif dapat diwujudkan? Anda boleh melakukannya dengan berpandukan kepada 3 perkara yang berikut:

1. Menyediakan tempat belajar yang khusus dan praktikal 

Tempat belajar yang khusus dapat mengurangkan gangguan dan perkara yang boleh mengalih perhatian ketika belajar

Tempat untuk belajar haruslah mempunyai kemudahan-kemudahan yang asas untuk belajar seperti kerusi dan meja. Pastikan juga peralatan belajar seperti komputer, buku-buku rujukan, kamus, alatulis dan sebagainya mudah diperolehi.

Pastikan tempat belajar sentiasa bersih dan teratur supaya sedap mata memandang.

2. Mewujudkan suasana yang damai 

Pasti radio atau television tidak dipasang terlalu kuat. Kalau boleh matikan terus alat-alat tersebut.

Elakkan adik-adik yang kecil daripada membuat bising yang keterlaluan atau datang mengganggu di tempat belajar.

3. Mewujudkan suasana yang selesa 

Hawa di tempat belajar seharusnya tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Pasangkan kipas angin atau pendingin udara pada tahap sederhana.

Elakkan bau yang tidak menyenangkan daripada mencemari tempat belajar.

4. Berikan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga 

Kerjasama daripada kesemua ahli keluarga akan membuatkan pelajar merasa usahanya penting kepada dirinya sekeluarga.

Sebaik-baiknya setiap ahli keluarga melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan gangguan ketika proses pembelajaran berlangsung seperti mematikan radio dan television, berbual dengan perlahan dan sebagainya.

Lakukan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran seperti membaca surat khabar atau buku, melatih adik-adik yang kecil melukis dan menulis atau apa sahaja yang tidak mengalih perhatian ketika belajar.

Persekitaran belajar yang kondusif akan memastikan anak-anak pelajar dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran.

Dengan ini minat belajar akan dapat diterapkan pada mereka dengan lebih berkesan.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

Soalan Latih Tubi - Kelebihan Melakukannya Secara Online



soalan latih tubiMenjawab soalan latihan adalah salah satu teknik yang berkesan untuk berjaya dalam peperiksaan. Kaedah menjawab soalan latihan secara berterusan iaitu soalan latih tubi membantu mengekalkan maklumat yang diproses oleh otak ke dalam memori dalam jangka waktu yang lebih lama.

Terdapat 2 jenis contoh soalan peperiksaan yang boleh pelajar gunakan sebagai latihan berterusan hingga hari peperiksaan. Ianya adalah soalan latihan bercetak dan soalan latihan online.

Apakah kelebihan Soalan Latihan Online? 4 kelebihan menjawab Soalan Latihan Online adalah :

Set soalan berbeza untuk topik yang sama

Pelajar boleh menjawab beberapa set soalan yang berbeza bagi topik yang sama. Ini dapat membantu pelajar memahami setiap topik dengan lebih mendalam.

Untuk soalan bercetak, apabila set soalan tersebut telah dijawab, kertas soalan tersebut tidak boleh digunakan lagi. Pelajar perlu membeli buku soalan yang lain untuk menjawab set soalan yang berbeza bagi topik yang sama.

Pelajar tidak boleh menipu

Sebelum menjawab soalan latihan online, pelajar tidak dapat melihat jawapannya terlebih dahulu. Pelajar terpaksa menggunakan kefahaman dan daya ingatannya untuk mencari jawapan yang betul.

Ini penting untuk merangsang daya ingatan pelajar terhadap topik yang telah dipelajari.

Di dalam buku soalan bercetak telah disediakan jawapan pada mukasurat di bahagian belakang. Untuk mendapatkan rekod markah yang bagus, pelajar boleh menyalin jawapan tersebut tanpa perlu bersusah payah memerah otak untuk memikirkan jawapan yang betul.

Mendisiplinkan pelajar menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan

Setiap set soalan latihan online akan ditetapkan masa untuk pelajar menjawab kesemua soalan. Ini dapat mendisiplinkan pelajar menjawab contoh soalan peperiksaan seperti dalam sesi peperiksaan yang sebenar.

Pelajar juga terpaksa berlatih berfikir dengan cepat untuk mencari jawapan yang betul.

Markah dan jawapan yang betul tersedia secara automatik

Setelah selesai menjawab soalan online, pelajar akan dapat mengetahui dengan segera markah yang diperolehi dan jawapan yang betul bagi setiap soalan.

Bagi soalan bercetak, pelajar terpaksa menyemak satu persatu jawapan yang betul bagi setiap soalan. Ianya memakan masa dan boleh mematikan minat pelajar untuk menjawab soalan latih tubi dengan lebih giat lagi.

Menjawab soalan latihan peperiksaan secara online memberikan pelajar kelebihan dari segimerangsang daya ingatan dengan lebih berkesan, menjimatkan masa dan mengekalkan minat untuk meneruskan latihan.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

Mewujudkan Dorongan Belajar Melalui Minat Untuk Belajar



Mewujudkan dorongan belajar di kalangan anak-anak seringkali menjadi masalah utama kepada ibubapa. Satu perkara yang perlu anda sedari sebagai ibubapa adalah tidak ada perkara yang lebih penting bagi setiap anak selain daripada perhatian dan penglibatan ibubapanya dalam setiap perkara baik yang dilakukannya.Perhatian dan penglibatan 100 peratus anda di dalam pembelajaran anak-anak akan menjadi dorongan kepada mereka dan menimbulkan kesedaran tentang pentingnya belajar. Dorongan dan minat adalah faktor terpenting dalam mempraktikkan cara belajar berkesan.Bagaimana anda boleh melakukannya? Teliti 3 perkara yang berikut;

1. Kehadiran ibubapa di sesi pembelajaran di rumah

Ketika sesi pembelajaran berlangsung di rumah, ibubapa atau salah seorang daripada anda perlu berada sepenuh masa bersama anak-anak yang sedang belajar.

Ini membantu mengelakkan anak-anak terganggu dan hilang tumpuan. Anda dapat mengawasi setiap aktiviti dengan lebih berkesan dan mewujudkan pembelajaran produktif melalui penggunaan masa yang berkualiti

Mereka mudah bertanya atau merujuk tentang perkara yang tidak difahami kepada anda. Anak-anak tidak perlu memanggil si ibu yang berada di dapur atau si ayah yang sedang asyik menonton pertandingan bolasepak di kaca televisyen umpamanya.

Dengan sokongan yang sepenuhnya daripada anda, mereka akan menjadi lebih bersemangat untuk melakukan ulangkaji atau kerjarumah dengan bersunguh-sungguh.

2. Jadikan masa belajar waktu yang dinanti-nantikan oleh semua ahli keluarga

Dapatkan kerjasama daripada setiap ahli keluarga untuk melakukan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran sahaja ketika sesi belajar berjalan. Sedikit pengorbanan perlu dilakukan oleh ahli keluarga yang ingin menonton program kesukaan mereka di televisyen.

Anak-anak akan merasa lebih teruja dan lebih bersedia untuk menjalani sesi pembelajaran kerana perhatian semua ahli keluarga akan tertumpu ke situ.

Menjadikan sesi pembelajaran sebagai agenda utama keluarga akan menanamkan sikap mengutamakan pelajaran lebih daripada hiburan dan menghargai masa dengan melakukan perkara penting dan berfedah terlebih dahulu.

3. Hubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan situasi sebenar dalam kehidupan

Terangkan kepada anak-anak tentang kegunaan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Pastikan perkara yang berlaku itu dirujuk kembali kepada subjek yang telah dipelajari.

Umpamanya bagi mata pelajaran sains, contoh micro organisma tidak dapat hidup tanpa oksigen adalah barang makanan akan tahan lebih lama dalam petisejuk kerana micro organisma menjadi tidak aktif dan tidak membiak dengan tiadanya oksigen di dalam petisejuk.

Dengan menghayati secara praktikal mereka akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang satu-satu subjek. Ini menjadikan mereka lebih mudah memahami dan mengingati perkara yang dipelajari.

Ia juga akan menimbulkan rasa ingin tahu dan mendorong mereka melakukan eksplorasi untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik yang dipelajari. Ini melatih otak mereka berfikir secara kritikal.

Perhatian dan penglibatan anda sebagai ibubapa adalah faktor terpenting yang menjadi dorongan belajar kepada anak-anak untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~