Thursday 1 December 2011

Faktor Minat Belajar - Persekitaran belajar yang kondusif


Faktor minat belajar amat perlu dititikberatkan kepada anak-anak untuk mencapai kecemerlangan akademik. Perhatian yang serius menjadi lebih kritikal bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang penting.


Salah satu daripada faktor tersebut adalah Persekitaran Belajar Yang Kondusif. Faktor ini akan membuatkan anak-anak merasa tenang, tenteram dan memberikan tumpuan yang lebih baik.

Bagaimanakah persekitaran belajar yang kondusif dapat diwujudkan? Anda boleh melakukannya dengan berpandukan kepada 3 perkara yang berikut:

1. Menyediakan tempat belajar yang khusus dan praktikal 

Tempat belajar yang khusus dapat mengurangkan gangguan dan perkara yang boleh mengalih perhatian ketika belajar

Tempat untuk belajar haruslah mempunyai kemudahan-kemudahan yang asas untuk belajar seperti kerusi dan meja. Pastikan juga peralatan belajar seperti komputer, buku-buku rujukan, kamus, alatulis dan sebagainya mudah diperolehi.

Pastikan tempat belajar sentiasa bersih dan teratur supaya sedap mata memandang.

2. Mewujudkan suasana yang damai 

Pasti radio atau television tidak dipasang terlalu kuat. Kalau boleh matikan terus alat-alat tersebut.

Elakkan adik-adik yang kecil daripada membuat bising yang keterlaluan atau datang mengganggu di tempat belajar.

3. Mewujudkan suasana yang selesa 

Hawa di tempat belajar seharusnya tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Pasangkan kipas angin atau pendingin udara pada tahap sederhana.

Elakkan bau yang tidak menyenangkan daripada mencemari tempat belajar.

4. Berikan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga 

Kerjasama daripada kesemua ahli keluarga akan membuatkan pelajar merasa usahanya penting kepada dirinya sekeluarga.

Sebaik-baiknya setiap ahli keluarga melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan gangguan ketika proses pembelajaran berlangsung seperti mematikan radio dan television, berbual dengan perlahan dan sebagainya.

Lakukan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran seperti membaca surat khabar atau buku, melatih adik-adik yang kecil melukis dan menulis atau apa sahaja yang tidak mengalih perhatian ketika belajar.

Persekitaran belajar yang kondusif akan memastikan anak-anak pelajar dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran.

Dengan ini minat belajar akan dapat diterapkan pada mereka dengan lebih berkesan.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

No comments:

Post a Comment