Thursday 1 December 2011

Jadual Belajar - Faktor penting dalam menyediakan jadual belajar berkesan


Untuk mendapatkan kesan terbaik daripada jadual belajar, beberapa faktor penting perlu diambil kira. Aktiviti belajar haruslah disesuaikan dengan keadaan mental dan fizikal serta persekitaran pelajar.


Fakto-faktor berikut hendaklah di seragamkan dengan aktiviti belajar apabila menyediakan jadual belajar.

Waktu Produktif

Otak hanya akan dapat berfungsi dengan produktif untuk memproses maklumat yang masuk untuk jangkamasa 3-4 jam sahaja. Ketika ini biasanya tubuh juga berada pada tahap kecergasan yang maksima.

Waktu produktif ini adalah waktu yang terbaik untuk pelajar melakukan aktiviti belajar dan berfikir secara kritikal. Mendalami topik atau konsep subjek yang baru adalah contoh yang memerlukan pemikiran kritikal. Jika pelajar sedang keletihan dan mengantuk, otaknya tidak dapat mencerna apa yang di pelajari dengan berkesan.

Untuk memperolehi waktu produktif pada waktu malam, pelajar perlu beristirehat dan tidur sedikit pada sebelah petang.

Bagi mengekalkan tahap kesedaran otak (alertness) dan kecergasan tubuh, adalah lebih elok waktu belajar di bahagikan kepada beberapa sesi yang pendek dan di selangi dengan waktu rehat yang singkat.

Waktu Memori Masih Segar

Kebolehan otak untuk mengingati semula maklumat yang diproses adalah lebih tinggi dalam jarak waktu yang lebih singkat.

Pelajar akan dapat menyiapkan kerjarumah atau memahami topik yang diulangkaji dengan lebih cepat jika mereka melakukannya sebaik sahaja pulang dari sekolah.
Ketika ini otak pelajar belum memproses maklumat baru yang memberi gangguan kepada memorinya seperti rancangan televisyen yang ditonton, pelawaan rakan-rakan untuk bermain, maklumat dari pelayaran internet dan sebagainya.

Oleh kerana jangka waktu memori masih segar adalah singkat, keutamaan hendaklah diberikan kepada aktiviti atau subjek yang lebih kritikal pada waktu tersebut. Umpamanya, menyiapkan latihan matematik adalah lebih utama daripada menyiapkan lukisan.

Sebaik sahaja tiba dirumah, peruntukkan setengah jam hingga 45 minit untuk menyiapkan kerjarumah yang lebih penting sebelum makan tengahari dan beristirehat.

Waktu Kurang Produktif

Waktu begini adalah seperti selepas makan tengahari dan waktu hampir lewat malam di mana pelajar akan mudah merasa mengantuk jika melakukan aktiviti yang tidak aktif seperti membaca dan membuat ulangkaji.

Aktiviti yang terbaik dilakukan pada waktu ini adalah seperti menyiapkan kerja pendidikan seni, menyalin nota atau berbincang.

Menyediakan jadual belajar dengan mengambil kira tahap kecergasan mental dan fizikal pelajar adalah penting untuk mewujudkan jadual belajar yang berkesan.

~Dah Baca,Jangan Malu,Jangan Segan Pulak Nak Komen~

No comments:

Post a Comment